Tuesday, December 01, 2009

GOYANG INUL DARATISTA di malam Raya....

Mari Bergoyang bersama Inul


Beginilah antara Aksi goyang gerudi Inul ketika umat Islam di Malaysia sedang menyambut Aidiladha

Akhirnya cita-cita Inul Daratista untuk membuat goyang gerudi di Malaysia tertunai ketika umat Islam di negara ini sedang menyambut Hari Raya Aidiladha dan menghayati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim as.

Bertempat di KL Live, Life Centre, Jalan Sultan Ismail, semalam(29 november) Inul mengoyangkan 360 darjah gerudinya yang memukau kira-kira 5,000 penonton. Persembahan itu diadakan secara percuma kononnya untuk pekerja Indonesia di negara ini.

Tiket percuma dan terhad kepada warga Indonesia bukan isunya. Isunya, ia diadakan di negara ini ketika umat Islam sedang menyambut Aidiladha. Persembahan Inul yang terkenal dengan imej aksi goyang gerudi dengan kelucahan melampau ternyata menghiris hati dan perasaan umat Islam di Malaysia.

Siapa yang membenarkan persembahan itu diadakan di negara ini? Majlis Ulama Indonesia sendiri telah memberi fatwa bahawa goyang gerudi adalah haram? Kenapa pihak tertentu di negara kita seolah-olah tidak mengambil kisah dalam isu goyang gerudi ini? Adakah mereka sudah jumpa fatwa dan hujah yang menghalalkan dan mengharuskan goyang gerudi ini?

Adakah dengan membenarkan Inul membuat konsert di negara ini merupakan salah satu syarat pengorbanan yang menjadi tuntutan dan ajaran Islam.? Jika itu syaratnya, maka dengan berlangsungnya konsert pada malam hari raya Aidiladha ini, lengkaplah 'rukun' korban yang dilakukan oleh pihak yang bertanggung jawab membawa Inul ke Malaysia untuk Aidiladha pada tahun ini. Renungkanlah...

Nota: Saya c&p gambar dan rencana ini (dengan sedikit 'editing') dari blog saudara Ijoks2009, supaya sama-sama kita berfikir dan mendapat iktibar dari situasi semasa di negara kita yang tercinta ~ so called negara Islam!

No comments:

2

3

4 Ish, ish, ish.... Tak leh dok diam ke ni...?