Thursday, October 08, 2009

MARI BERSOLAT

Asuhlah anak-anak bersolat sewaktu masih kecil

MARI BERSOLAT

Solat atau sembahyang adalah rukun islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Rukun ketiga adalah puasa, keempat zakat dan kelima menunaikan haji di Mekah jika berkemampuan. Setiap umat islam wajib mendirikan solat, walau dalam situasi bagaimana sekalipun, kecuali bagi kaum wanita yang sedang berhadas, iaitu berhaid dan bernifas.

Allah s.w.t telah mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian. Dia jugalah yang mencipta seluruh dunia dan setiap sesuatu yang ada di alam ini. Sebagai pencipta, pastinya Allah s.w.t Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kehidupan kita setiap hari. Solat yang disyaria’atkan ke atas manusia, pastinya perkara terbaik dari Allah s.w.t. sehingga ia difardhukan 5 kali sehari dalam kehidupan setiap insan, mengikut waktu-waktu yang ditetapkan, iaitu Subuh(awal pagi), Zuhur (tengahari), ‘Asar (petang), Maghrib (awal malam) dan Isyak (malam). Hanya hambaNya yang beriman akan mencari rahsia dan kebaikan bersolat serta mendirikan solat pada waktunya dengan penuh kerendahan hati kepada Allah s.w.t. Maha Pencipta.

(Nota: Secara peribadi, saya telah menderita sakit tulang belakang selama bertahun-tahun dan telah membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk berjumpa pakar tulang - ‘Chiropractor’ dalam proses mendapatkan rawatan. Akhirnya dengan hidayah dari Allah s.w.t. saya telah mengamalkan senaman, mengikut rukun perlakuan solat. Kini saya boleh berjalan, memandu kereta dan melakukan aktiviti lain seperti biasa, berbanding suatu ketika dahulu saya hanya mampu terbaring dalam kesakitan. Dalam rencana yang lalu saya telahpun menulis rahsia rukun perlakuan solat dan hubungan dengan alam kematian. Masih banyak rahsia-rahsia solat dan sama-samalah kita merungkainya suatu masa nanti, jika diizinkan Allah s.w.t ).

Syarat Sah Solat

1- Suci dari hadas kecil dan hadas besar

2- Suci dari najis

3- Menutup aurat

4- Mengadap ke arah kiblat

5- Masuk waktu

Rukun Solat

1- Niat

2- Takbiratulihram

3- Qiam /berdiri tegak (bagi yang mampu)

4- Membaca surah Al-Fatihah dan ayat lazim

5- Ruku’ (serta toma’ninah

6- ‘Iktidal (serta toma’ninah)

7- Sujud (serta toma’ninah)

8- Duduk antara 2 sujud (serta toma’ninah)

9- Duduk Tahiyat awal

10- Duduk Tahiyat akhir

11- Membaca selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w pada Tahiyat awal dan akhir

12- Memberi salam (yang pertama)

13- Tertib

Cara-cara Bersolat

1-Untuk mendirikan solat, (selepas berwudu’ mengikut rukunnya dan berpakaian menutup ‘aurat), mula-mula kita perlu berdiri tegak mengadap kiblat (bagi yang mampu).

-Kemudian kita disunatkan membaca lafaz niat, dengan suara yang amat perlahan, sebolehnya tanpa didengari oleh mereka yang berhampiran. Pada waktu ini pastikan hati kita juga memasang niat yang sama.

Lafaz niat solat Subuh : Usolli fardhan Subhi raka’ataini lillahi ta’ala”.“Sahaja aku solat fardhu Subuh 2 rakaat kerana Allah Ta’ala”

Lafaz niat solat Zuhur : Usolli fardhan Zuhri arba’a raka’atin lillahi ta’ala”.“Sahaja aku solat fardhu Zuhur 4 rakaat kerana Allah Ta’ala”


Lafaz niat solat ‘Asar : Usolli fardhan ‘Asri arba’a raka’atin lillahi ta’ala”. “Sahaja aku solat fardhu ‘Asar 4 rakaat kerana Allah Ta’ala”

Lafaz niat solat Maghrib : Usolli fardhan Maghribi thalatha raka’atin lillahi ta’ala”.Sahaja aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat kerana Allah Ta’ala”.


Lafaz niat solat Isyak : Usolli fardhan Isyak arba’a raka’atin lillahi ta’ala”.“Sahaja aku solat fardhu Isyak 4 rakaat kerana Allah Ta’ala”


2-Selepas berniat, kita lafazkan takbiratulihram : Allahu Akbar” -1x (ertinya: Allah Maha Agung). -Dibaca dalam keadaan kedua-dua tangan diangkat ke paras telinga. Kemudian keduanya diturunkan ke posisi berpeluk tubuh (Qiam).

3-Qiam : Bermakna berdiri tegak dengan tapak tangan kanan berada di atas belakang tangan kiri (pada kedudukan hati).

-Di waktu ini kita disunatkan membaca doa iftitah:

Allahuakbar kabiran walhamdulillahi kasiraa. Wasubhanallahibukratan wa’asiilaa. Wajjah tuwajhialilladzii fatarossamaa waatiwal ardhi hanifaamusliman wa maa anaminalmusyrikiin. ‘Inna solati wanusuki wamahyayaa wamamatii lillahi robbil’alamiin. Laa syarii kalah, wa bizaa lika umirtu wa ana minal muslimiin”

(ertinya: Allah Maha Besar. Puji-pujian bagi Allah sebanyaknya. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku kepada Dia yang menjaga langit dan bumi, ikhlas san pasrah. Bukanlah aku dari golongan musyrikiin. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku, semata-mata untuk Allah Tuhan seluruh alam. Tiada sekutu bagiNya dan demikianlah aku diperintahkan dan aku termasuk dalam golongan muslimin).

4-Membaca surah Al-Fatihah (wajib dibaca: Tidak sah solat tanpa bacaan Fatihah):

‘’Bismillahirrohmaa nirrahiim. Alhamdulillahi rabbil’aalamiin. Arrohmaanirrahiim. Maaliki yaumiddiin. Iyyaaka na’ budu wa iyyaaka nasta ‘iin. Ihdinaassiro tolmustaqiim. Siiro tolladzii na ‘an ‘am ta ‘alaihim. Ghoiril marghdhuu bi ‘alaihim. Walaadhoo liin’’

(Ertinya: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Penguasa di Hari Pembalasan. Hanya padaMu kami sembah dan hanya padaMu kami memohon pertolongan. Tunjjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan jalan yang sesat).

-Selepas fatihah, dibaca pula sebuah surah pendek atau ayat lazim (sunat: Masih sah solat jika tertinggal bacaan sunat. Contoh ayat lazim seperti surah Al-Ikhlas, Al-Nas, Al-‘Alaq, Al-Qursi, Al-Insyirah, Dhuha dll). Contoh surah Lazim adalah:

“Bismillahirrohmaa nirrahiim.

Waaddhuhaa. Wallaili idzaa sajaa. Maa wadda ‘akarobbuka wamaa qolaa. Walal ’aakhiratu khoirun llaka minal ‘uulaa. Walasau fayu’ thii karobbuka fatardho. Alamyajid kayatii maann fa ‘aawaa. Wa wajadakadho llaan fahadaa. Wa wajadaka ’aa ‘ilann fa ‘arghnaa. Fa ‘ammalyatii mafalaa taqhar. Wa ‘ammassaa ‘ila falaa tanhar. Wa ammaa bi ni’ matirobbika fahaddith”.

(Ertinya: Demi waktu Dhuha (pagi). Demi malam di kalasunyi. Tidaklah TuhanMu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Sesungguhnya akhirat lebih baik bagimu daripada dunia. Kelak TuhanMu akan memberimu anugerah lalu kamu gembira. Bukankah Dia mendapatimu anak yatim, lalu diberi perlindungan? Dan kamu didapati miskin lalu diberiNya kekayaan. Maka pada anak yatim janganlah kamu berkasar. Dan pada orang yang meminta janganlah kamu herdik. Dan dengan nikmat Tuhanmu hendaklah kamu nyatakan(bersyukur).

5-Ruku’ : Bermakna membongkokkan badan ke posisi 90 darjah dengan kedua-dua tapak tangan diletakkan di atas kepala lutut.

Di sini kita disunatkan membaca: Subhanarobbial azimi wabihamdihi -3x (ertinya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Agung dengan sifat kepujianNya).

-Toma’ninah: Iaitu berhenti seketika.

6-‘Iktidal : Iaitu kedudukan badan berdiri tegak kembali.

-Ketika ini disunatkan membaca: Samii Allahu liman hamidah. Rabbanaa Lakalhamda’ -1x (ertinya: Allah mendengar akan orang yang memujiNya. Tuhan kami, bagiMu segala pujian).

7-Sujud : Bermakna merapatkan kedua belah lutut dan kaki ke lantai dengan posisi dahi menyentuh lantai dan kedua-dua tapak tangan (ke semua lima jari dirapatkan antara satu sama lain) juga ditekapkan ke lantai, di sisi telinga.

-Di sini kita disunatkan membaca: “Subhanarobbial a’laa wabihamdihi” -3x (ertinya: Maha Suci Tuhanku yang maha tinggi dengan sifat kepujianNya).

8-Duduk antara 2 sujud : Iaitu duduk dengan posisi beralaskan betis dan kedua tapak tangan berada di atas lutut.

-Di sini kita membaca : Rabbirghfirli warhamni wajburni warfa’ni warzuqni wahdini wa’ afini wa’fu ‘anni (ertinya: Tuhanku,ampunilah aku,rahmatilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, berilah aku petunjuk, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku).

-Kemudian sujud lagi bagi kali kedua dan bacaannya sama dengan sujud kali pertama.

9-Duduk pada Tahiyat awal: Selepas sujud kali kedua, kita bangkit semula ke posisi seperti duduk di antara 2 sujud, cuma bacaannya sahaja yang berbeza, iaitu wajib dibaca pula Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w:

“Attahiyyaatul mubaaroka tussolawaa tuttoiyyibaa tulillah. Assalaamu’alaika ayyuhannabiyyu warohmatullahi wabarokaatuh. Assalaamu ‘alaina wa ‘alaa ‘ibaadillahissolihiin. Asshhadu an laa ilaa ha illallah. Wa asshhadu anna Muhammadan Rasulullah. Allahhummasolli ‘ala Muhammad”

(ertinya: Ucapan selamat penuh keberkatan dan selawat penuh kebaikan bagi Allah. Salam sejahtera ke atasmu wahai Nabi, beserta rahmat Allah dan keberkatanNya. Salam sejahtera ke atas kami dan hamba-hambanya yang solleh. Aku mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku mengaku bahawa Muhammad utusan Allah. Ya Allah, anugerahkan kesejahteraan kepada Muhammad)

-Bacaan yang sama pada rakaat pertama diulang pada rakaat kedua bagi setiap ruku’, ‘iktidal, sujud dan duduk antara 2 sujud.

-Bacaan “Allahu akbar” dan “Samii Allahu liman hamidah” perlu di baca pada setiap kali mengubah kedudukan dalam solat.

- [Bagi solat Subuh, terdapat tambahan bacaan pada waktu ‘iktidal rakaat kedua, iaitu disunatkan membaca doa Qunut:

Allahummahdinii fiiman hadait. Wa ‘aafini fiiman ‘aafait. Watawallani fiiman tawallait. Wabaa riklana fiimaa a’toit. Waqinaa sharromaa qodhoit

(ertinya: Ya Tuhan berikanlah petunjuk kepada kami bersama orang yang telah engkau tunjuki, sihatkanlah kami bersama orang yang telah Engkau sihatkan, pimpinlah kami bersama orang yang telah Engkau pimpin, berkatilah kami bersama apa-apa yang Engkau berikan, dan peliharalah kami dari kejahatan perkara-perkara yang Engkau hukumkan)].

-Kemudian kita bangun dan berubah ke posisi qiam bagi menyempurnakan rakaat ketiga. Semua perlakuan rukun solat di rakaat pertama diulang pada rakaat ketiga, kecuali tidak ada bacaan ayat lazim yang perlu dibaca. Cukup dengan surah Al-Fatihah sahaja dan terus ruku’, sujud, duduk antara 2 sujud, kemudian sujud kedua dan bangun lagi ke posisi qiam untuk melaksanakan rakaat keempat.

-Pada rakaat keempat ini, semua perlakuan rukun solat rakaat ketiga diulang DAN ditambah dengan kedudukan Tahiyat akhir selepas bangkit dari sujud akhir.

10-Duduk Tahiyat akhir : Sebaik bangkit dari sujud akhir, kita duduk dengan posisi punggung sebelah kanan mencecah lantai,manakala kedua-dua betis dsimpuhkan ke sebelah kanan dengan ibu jari kaki kanan dilipat menghala ke kiblat, sementara empat jari kaki kanan yang lain dilunjurkan ke belakang.

11-Membaca Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w: Pada kedudukan Tahiyat akhir ini kita membaca selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda. Bacaan wajib sama seperti bacaan Tahiyat awal dan sunat disambung lagi dengan bacaan seperti di bawah:

‘’...............Wa ‘ala ‘aali Muhammad, kamaa sollaita ‘ala ibraahim wa ‘aala ‘aali ibrahiim. Wabaa rik ‘ala Muhammad wa ‘ala ‘aali Muhammad, kamaa baarokta ‘ala ibraahim wa ‘ala ‘aali ibraahiim. Fil ‘aalamiin, ‘Innaka hamiidun majiid”.

(ertinya: .............dan keluarga Muhammad, sepertimana Engkau telah anugerahkan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah keluarga Muhammad, sepertimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di seluruh alam, sesungguhnya Engkaulah kepujian dan ketinggian).

-Selepas selesai membaca Tahiyat akhir, kita memberi salam.iaitu memalingkan muka kearah kanan serta mengucapkan salam.

12-Memberi salam (pertama): Masih dalam kedudukan yang sama selepas membaca Tahiyat akhir, kita memalingkan muka kearah kanan serta mengucapkan salam. Lafaz salam pertama adalah:

“Assalaamu ‘alaikum warohmatullahi” -1x (ertinya: Sejahteralah ke atas kamu sekelian, bersama rahmat Allah).

-Kemudian kita memalingkan muka ke arah kiri dan melafazkan salam yang kedua dengan lafaz yang sama seperti lafaz salam pertama.

13-Tertib

Nota: Panduan bersolat ini merupakan cara bersolat dengan bacaan-bacaan asas. Tujuan saya hanyalah membantu anak-anak remaja dan orang perseorangan yang ingin belajar bersolat tetapi malu bertanya disebabkan hal-hal peribadi. Sekurang-kurangnya apabila telah mengetahui asas solat, kita bolehlah melanjutkan pelajaran dengan mereka yang lebih arif secara personal, untuk mencantikkan dan menambahkan lagi pahala solat kita. Semoga kita semua diberkati Allah s.w.t.

Updated:

Kebaikan solat Mengikut kajian sains seperti kajian oleh beberapa orang penyarah Fakulti Kejuruteraan Biomedikal UM.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas:

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok-Isyarat Otak :

Beliau berkata perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom yang membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan di pada kulit kepala. Sejenis alat iaitu EEG (electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.'Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang', katanya. Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

Tomakninah

Ketika itu katanya isyarat Alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Siew Chok juga berkata solat memperkuatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu juga katanya, solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti seharian.

Dr Fatimah Ibrahim:

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.-ijoks2009-

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Note: This updated article is cnp from another blogger's column (Kami Sokong Tok Guru) to support the main article of Mari Bersolat which was written by me earlier on. Thank you.

No comments:

2

3

4 Ish, ish, ish.... Tak leh dok diam ke ni...?