Wahai anak-anak, saudara dan rakan taulanku yang dikasihi...
Perkara yang paling asas dalam Islam adalah solat, iaitu rukun Islam yang ke dua. Allah s.w.t. mewajibkan solat ke atas hambaNya walau dalam keadaan apa sekali pun. Solat umpama tiang seri agama suci kita. Sebaik mana pun amalan dan perlakuan kita tanpa bersolat 5 kali sehari semalam, maka berguguranlah pahala yang sepatutnya kita perolehi dari amalan yang lain, umpama dedaunan kering yang bertebaran di bumi... reput ditelan masa.
Perhatikanlah, indahnya wajah-wajah muslimin yang beriman, tatkala menunaikan solat, penuh khusyuk mengadapkan muka dan menyerahkan dirinya ke hadrat Illahi, pencipta mereka dan alam semesta yang ditumpangi.
Lihat pula wajah-wajah yang jarang bersolat (malah ada yang tidak pernah bersolat), suram dan kusam tanpa seri cahaya keimanan, meski setampan mana atau secantik mana pun rupa mereka, namun seolah ada sesuatu yang kekurangan...
Sesungguhnya solat itu amat mudah tetapi sukar untuk didirikan terutama bagi mereka yang belum benar-benar beriman dan tidak mengetahui rahsia bersolat. Bersolat amat mudah kerana ia hanya memerlukan sedikit dari waktu kita untuk melaksanakannya. Ia juga amat mudah kerana Allah s.w.t. telah meringankan hambaNya dalam melakukan solat, sesuai mengikut kemampuan hambaNya. Namun bagi sesetengah hambaNya yang lalai dan tidak bersyukur di atas kurniaan Allah yang menciptakannya ke alam ini, bersolat itu dianggap remeh dan amat berat untuk melaksanakannya.
Buat renungan semua, inilah rahsia yang terkandung disebalik rukun dan perlakuan solat:
1. Niat Solat
Ia memelihara taubat kita dari dunia ke akhirat.
2. Berdiri (Qiam)
Fadhilatnya ketika mati ia dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. Perhatikanlah, indahnya wajah-wajah muslimin yang beriman, tatkala menunaikan solat, penuh khusyuk mengadapkan muka dan menyerahkan dirinya ke hadrat Illahi, pencipta mereka dan alam semesta yang ditumpangi.
Lihat pula wajah-wajah yang jarang bersolat (malah ada yang tidak pernah bersolat), suram dan kusam tanpa seri cahaya keimanan, meski setampan mana atau secantik mana pun rupa mereka, namun seolah ada sesuatu yang kekurangan...
Sesungguhnya solat itu amat mudah tetapi sukar untuk didirikan terutama bagi mereka yang belum benar-benar beriman dan tidak mengetahui rahsia bersolat. Bersolat amat mudah kerana ia hanya memerlukan sedikit dari waktu kita untuk melaksanakannya. Ia juga amat mudah kerana Allah s.w.t. telah meringankan hambaNya dalam melakukan solat, sesuai mengikut kemampuan hambaNya. Namun bagi sesetengah hambaNya yang lalai dan tidak bersyukur di atas kurniaan Allah yang menciptakannya ke alam ini, bersolat itu dianggap remeh dan amat berat untuk melaksanakannya.
Buat renungan semua, inilah rahsia yang terkandung disebalik rukun dan perlakuan solat:
1. Niat Solat
Ia memelihara taubat kita dari dunia ke akhirat.
2. Berdiri (Qiam)
3. Takbir-Ratul Ihram
Fadhilatnya sebagai cahaya yang menerangi kita dari kegelapan alam kubur.
4. Bacaan Fatihah
Ia menjadi pakaian kita yang indah di dalam kubur.
5. Ruku'
Sebagai alas atau tikar kita di dalam kubur.
6. I'tidal
Akan memberi kita minuman air dari telaga Al-Kauthar ketika di alam kubur.
7. Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian Siratol-Mustaqim.
8. Duduk Di antara Dua Sujud
Akan dapat bernaung di bawah panji-panji nabi kita di alam kubur.
9. Duduk Di antara Dua Sujud (akhir)
Menjadi kenderaan kita ketika di padang Mahsyar.
10. Tahhiyat Akhir
Sebagai penjawab soalan yang dikemukakan malaikat Munkar/Nangkir dalam kubur.
11. Selawat Nabi
Sebagai pendinding kita dari api neraka.
12. Salam
Memelihara kita di dalam kubur.
13. Tertib
Untuk pertemuan kita dengan Allah sw.t.
Semoga kita semua mendapat manfaat dari rahsia solat ini, dan sama-samalah kita ingat-mengingati ke arah perkara kebaikan. Semoga Allah memberkati kita dan membukakan pintu syurgaNya buat kita semua. Sesungguhnya hisab Allah itu adalah benar dan siksaan Allah itu amat perit sekali. Renungkanlah....
Sekian, salam sayang dari Sue untuk semua.
Rujukan:
-Sakit Apakah Ubatnya: Penelitian dari Al-Qur'an dan Hadis-W Md Jamal Hj W Md Saman,
WJSB Resources 2007.
-Wasiat Imam Syafi'e- Abu Qamar Salahuddin, www.darulnuman.com.
No comments:
Post a Comment